Huawei P20 Pro dilancarkan di Malaysia pada 3 April yang lalu. Tetapi model dengan pilihan warna Twilight tidak dilancarkan pada tarikh tersebut. Di dalam banyak-banyak pilihan warna, Twilight ialah warna yang bukan sahaja menarik ia juga unik kerana ia berubah mengikut sudut pandangan pengguna.
Pihak Huawei Malaysia sudah mula berkongsi imej acah yang memberikan petanda P20 Pro Twilight ini akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Dari segi spesifikasi ia mengekalkan skrin 6.1-inci OLED dengan rekaan bertakuk, cip HiSIlicon Kirin 970, memori 6GB RAM, storan 128GB, dan bateri berkapasiti 4000mAh.
Huawei P20 Pro menggunakan tri-kamera belakang yang mengabungkan lensa 40-megapixel, 20-megapixel monokrom dan juga 8-megapixel telefoto. Ia turut menyertakan sokongan kalis air IP67. Tarikh pelancaran versi Twilight ini belum diumumkan tetapi teruskan bersama Amanz untuk mendapatkan maklumat yang terkini.