Earth BioGenome Project Akan Memetakan Urutan DNA 1.5 Juta Spesis Kehidupan Di Dunia

Earth BioGenome Project Akan Memetakan Urutan DNA 1.5 Juta Spesis Kehidupan Di Dunia

Diterbitkan pada Apr 26, 2018 oleh .

Para saintis menganggarkan 150 spesis kehidupan dunia pupus setiap hari. Kadar kepupusan akan semakin meningkat kerana pencemaran dan perubahan suhu yang kini di tahap merisaukan. Bagi memastikan masalah kepupusan ini dapat dihentikan, Earth BioGenome Project mengumumkan projek untuk memetakan kesemua uratan DNA 1.5 Juta spesis kehidupan di dunia.

Earth BioGenome Project ialah sama seperti Human Genome Project yang berjaya memetakan urutan DNA manusia. Projek ini dijangka mengambil masa 10 tahun dengan kos $4.6 bilion (~RM 18.4 bilion). Selepas kesemua DNA spesis berjaya dipetakan,data terkumpul dianggarkan bersaiz 1 bilion Gigabyte akan dikongsi secara terbuka. Di atas kertas projek ini kelihatan seperti menelan belanja yang tinggi tetapi ia murah jika dibandingkan dengan kos Human Genome Project yang menelan belanja $2.7 bilion (~RM 10.6 bilion).

Selain memetakan DNA spesis kehidupan untuk generasi hadapan, ia dapat membantu saintis memahami lagi proses evolusi dan susunan spesis tumbuhan-tumbuhan di dunia yang kompleks.


TIPS & ULASAN