Cari @ Amanz

Neffos, jenama telefon pintar dari TP-Link cukup terkenal di kalangan pengguna-pengguna peranti pintar yang inginkan peranti yang murah. Terkini, syarikat tersebut baru sahaja mengumumkan bahawa merka akan memperkenalkan telefon terbaru mereka untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Telefon tersebut ialah Neffos C5s, sebuah peranti pintar yang mempunyai paparan skrin 5.0 inci dengan resolusi 854×480 dan dikuasakan oleh CPU MediaTek MT6737m, memori 1GB dan juga storan 8GB yang boleh ditingkatkan sehingga 32GB melalui kad microSD. Dari segi sistem operasi pula, telefon ini dilengkapi dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat.

Dari segi kamera, peranti Neffos C5s ini hadir dengan kamera 5MP di bahagian belakang, dan kamera 2MP di bahagian hadapan untuk mereka yang gemar mengambil gambar dengan peranti pintar mereka.

Neffos C5s ini juga hadir dengan sokongan untuk sambungan 4G dan LTE yang pantas, dan bateri sebesar 2340mAh yang Neffos katakan mampu menggerakkan telefon ini untuk sehari.

Buat masa ini, pihak Neffos masih belum mengumumkan butiran mengenai pelancaran Neffos C5s ini, mahupun harganya, tetapi apabila ditanya mereka berkata bahawa terdapat kebarangkalian bahawa telefon ini akan hadir di pasaran pada awal bulan Mei kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd