China Memulakan Projek Gergasi Menghasilkan Hujan Di Tibet Bagi Memenuhi Keperluan Sumber Air Bersih

China Memulakan Projek Gergasi Menghasilkan Hujan Di Tibet Bagi Memenuhi Keperluan Sumber Air Bersih

Diterbitkan pada Apr 26, 2018 oleh .

Pemanasan iklim dunia ialah sains dan bukannya fiksyen walaupun ada golongan seperti Presiden Amerika Syarikat yang menidakkannya. Selain tahap air laut yang meningkat, sumber air minum juga boleh terjejas kerana berlakunya kemarau. Oleh itu memastikan kelangsungan sumber air minum adalah perlu.

China ialah negara dengan jumlah penduduk yang tinggi dan oleh itu memerlukan sumber air minum yang bersih. Perubahan iklan dunia akan menjejaskan kehidupan rakyat China dalam masa terdekat. Oleh itu kerajaan China menerusi Perbadanan Sains Aeroangkasa dan Teknologi telah memulakan projek Tianhe.

Tianhe ialah projek pembenihan awan secara besar-besaran di dataran tinggi Tibet. Kebuk pembenihan hujan akan diletakkan di altitud tinggi bagi “menanam” partikel iodida perak ke dalam awam. Sebanyak lima ratus rangkaian kebuk pembenihan ini dipercayai sudah beroperasi

Tianhe masih lagi di peringkat awal dengan sasaran untuk menghasilkan hujan dengan isipadu air mencecah 10 bilion meter padu kepada kawasan seluas 1.6 juta kilometer persegi. Ini adalah hampir lima kali ganda keluasan negara kita MalaysiaIa kemudian akan mengalir ke dalam sungai Kuning, Yangtze, Mekong, Salween dan Brahmaputra yang mendapatkan sumber air dari dataran tinggi Tibet.

Jumlah air yang dijana menerusi pembenihan ini boleh menampung 7% keperluan air China. Sungguhpun begitu kesannya ke atas alam sekitar tidak dijangka negatif kerana nyata mengubah pola cuaca di Tibet. Peningkatan jumlah hujan ini turut akan mendatangkan kesan ke atas negara jiran China iaitu India, Nepal, Laos dan Myanmar.

Keputusan China melakukan ujian pengubahan cuaca ini dilakukan tanpa berbincang dengan jiran mereka terlebih dahulu. Kesan jangka panjang terhadap alam sekitar yang akan berlaku jika projek diteruskan masih belum diketahui. Di dalam senario fiksyen seperti filem Geostorm tahun lalu, mesin mengubah cuaca yang sepatutnya menstabilkan cuaca digunakan sebagai senjata oleh golongan tertentu.


TIPS & ULASAN