Carian
Malaysia Airports Bakal Melancarkan Aplikasi Untuk Memudahkan Pengguna Merancang Perjalanan
April 26, 2018 Aman

Malaysia Airports (MAHB) kini mengumumkan yang mana mereka kelak akan melancarkan sebuah aplikasi khusus menjelang pertengahan kedua 2018 ini. Melalui aplikasi ini, ia dijangka akan dpat membantu para penumpang untuk merancang perjalanan ke KLIA dengan lebih baik berbanding pada hari ini.

Aplikasi berkenaan kelak akan memaparkan maklumat masa-nyata berkaitan lalu-lintas untuk dari lokasi pengguna ke lapangan terbang KLIA, selain pada masa yang sama turut memaparkan masa giliran di kaunter daftar masuk.

Disamping itu, MAHB turut akan mengintegrasikan info seperti status penerbangan, bagasi dan sebagainya terus pada aplikasi berkenaan. Pengguna juga akan disediakan dengan akses sembang langsung pada aplikasi berkenaan kepada ejen khidmat pelanggan untuk bertanyakan pelbagai perkara berkaitan lapangan terbang KLIA.

Malaysia Airports merancang untuk melancarkannya pada pertengahan kedua 2018 kelak, dan mungkin kita akan dapat melihat ia ditawarkan untuk Android dan iPhone.

Komen