Apple Kini Menawarkan iTunes Melalui Microsoft Store

Diterbitkan pada Apr 27, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple dan Microsoft sebelum ini telah mengumumkan kerjasama, dan menjanjikan bakal menawarkan iTunes melalui Microsoft Store – sekaligus memudahkan pengguna Windows 10 memasangnya, termasuk pengguna Windows 10 S.

Apple iTunes

Sebelum ini, ia dijanjikan bakal diperkenalkan pada 2017, tetapi mengalami sedikit penangguhan, dan kini akhirnya sedia untuk dimuat-turun.

Bagi yang tidak mengenali akan iTunes, ia membolehkan anda menguruskan muzik, video dan sebagainya pada komputer anda. Disamping itu, ia juga turut memberikan akses kepada Apple Music.

Sekiranya anda berminat, anda boleh memuat-turun iTunes daripada Microsoft Store hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami