Xiaomi Melancarkan Jam Mekanikal Premium Dengan Kerjasama Ciga Design

Xiaomi Melancarkan Jam Mekanikal Premium Dengan Kerjasama Ciga Design

Diterbitkan pada Apr 27, 2018 oleh .

Xiaomi bukan sahaja syarikat yang menjual gajet. Mereka turut menjual pakaian seperti baju, jaket dan kasut. Terkini daripada Xiaomi adalah jam mekanikal premium edisi kedua dengan kerjasama Ciga Design.

Ciga Design adalah jenama daripada Hong Kong yang memenangi anugerah emas IF’s 2017. Jam edisi kedua ini adalah jam mekanikal premium dengan rekaan bulat, diperbuat daripada besi dengan ketebalan 12mm dan saiz 42mm dan permukaan jam ini pula diperbuat daripada kaca nilam.

Ia mempunyai dua jenis tali iaitu besi ataupun kulit dan menawarkan dua warna iaitu hitam atau silver. Ia dijual melalui laman biayasama Xiaomi, Mijia dengan tanda harga RMB899 (~RM556) sahaja.


TIPS & ULASAN