Apple Tidak Lagi Mengeluarkan Produk Penghala Mereka – AirPort Dan Time Capsule

Apple Tidak Lagi Mengeluarkan Produk Penghala Mereka – AirPort Dan Time Capsule

Diterbitkan pada Apr 27, 2018 oleh .

Apple hari ini secara rasminya mengesahkan yang mana mereka keluar daripada perniagaan penawaran penghala mereka. Untuk makluman, sebelum ini, Apple sedia menawarkan AirPort, AirPort Extreme dan juga Time Capsule. Namun, sudah bertahun lamanya ia tidak menerima sebarang kemaskini.

Dengan pengumuman hari ini, Apple mengatakan mereka tidak lagi akan menawarkan produk penghala baru mereka, dan hanya akan sekadar produk sedia ada sehingga ia habis. Apa pun, Apple akan kekal menawarkan kemaskini pepijat dan sekuriti sekiranya diperlukan untuk peranti berkenaan.

Sebagai ganti untuknya juga, Apple kini menawarkan beberapa tips dalam memilih penghala Wifi yang sesuai dengan produk Apple.


TIPS & ULASAN