Volkswagen Menghasilkan Kerangka iPhone Untuk Kempen Kesedaran Bahaya Memandu Sambil Menggunakan Peranti

Volkswagen Menghasilkan Kerangka iPhone Untuk Kempen Kesedaran Bahaya Memandu Sambil Menggunakan Peranti

Diterbitkan pada Apr 27, 2018 oleh .

Dahulu kerap kita dengari jangan memandu ketika mabuk. Kini lebih kerap kita dengari jangan menggunakan peranti ketika memandu. Tetapi hakikatnya ramai di antara kita yang melakukannya. Di Sweden, penggunaan peranti ketika memandu diharamkan sejak Februari. Sungguhpun begitu kadar kemalangan langsung tidak berkurangan. Bagi menimbulkan kesedaran bahaya memandu sambil menggunakan peranti, Crashed Cases dihasilkan oleh Volkswagen.

Sebanyak 153 kerangka iPhone dihasilkan dari tubuh kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku akibat pemandu menggunakan peranti. Setiap satu dijual pada harga SEK 599 (~RM 269) dan hanya untuk iPhone 8. Hasil jualan Crashed Cases akan didermakan ke Trafikskadefonden yang memberikan bantuan pemulihan kepada mangsa kemalangan di Sweden.

Di Perancis undang-undang lebih ekstrem dikuatkuasakan dimana penggunaan peranti walaupun kereta berhenti atau di tempat letak kereta boleh menyebabkan pengguna disaman  €135 (~RM 654). Negara kita juga mempunyai undang-undang yang membolehkan pengguna disaman jika menggunakan peranti walaupun lampu trafik berwarna merah.


TIPS & ULASAN