Oppo hari ini telah hadir dengan telefon pintar berspesifikasi pertengahan terbaru mereka, iaitu Oppo A3. Seperti siri-A sebelum ini, Oppo A3 turut tidak menyertakan sebarang sensor pengimbas cap jari, dan memfokuskan kepada penggunaan nyah-kunci berasaskan wajah.
Oppo A3 hadir dengan skrin 6.2-inci dengan rekaan nisbah 19:9. Pada bahagian atasnya, Oppo melengkapkan ia dengan penggunaan rekaan bertakuk – salah satu perkara yang semakin popular akhir-akhir ini dikalangan pengeluar peranti.
Oppo A3 ini dijana menggunakan cip Helio P60, dilengkapi memori 4GB RAM, dan hadir dengan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel, selain kamera selfie 8-megapixel.
Menjananya juga adalah sistem operasi Android 8.1 Oreo dengan antaramuka Color OS 5.0 yang menyertakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk mengelak gangguan panggilan ketika sedang bermain permainan video.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Oppo A3 ini akan hadir ke pasaran tempatan.