Office 2019 Commercial Preview Kini Sedia Untuk Diuji

Office 2019 Commercial Preview Kini Sedia Untuk Diuji

Diterbitkan pada Apr 27, 2018 oleh .

Office 2019 merupakan perisian pejabat yang dijangka hadir pada tahun ini dengan sejumlah ciri-ciri baru. Kini, dalam persiapan untuk pelancarannya, Microsoft hari ini telah pun menawarkan Office 2019 Commercial Preview untuk pengguna perusahaan.

Microsoft menawarkan Office 2019 Commercial Preview ini kepada pengguna perusahaan terlebih dahulu dalam usaha membolehkan mereka bersedia sebelum menaik-taraf penggunaan dalam perniagaan mereka.

Buat masa ini, anda yang mendaftar untuk menguji Office 2019 Commercial Preview boleh mengakses Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Publisher, Access, Project, Visio dan juga OneNote. Akses kepada Exchange 2019, SharePoint 2019, Project Server 2019, dan Skype Business 2019 akan diberikan dalam bulan-bulan akan datang.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba perisian pejabat ini sebelum ia dilancarkan secara rasminya, boleh sertai program Office 2019 Commercial Preview ini hari ini.


TIPS & ULASAN