Cari @ Amanz

Razer mempunyai beberapa penawaran tetikus menarik dibawah mereka disasarkan kepada para peminat permainan video, dan terkini, menambah penawaran mereka, Razer melancarkan Abyssus Essential.

Tetius Razer yang baru ini hadir dengan rekaan asas tanpa sebarang butang tambahan seperti sejumlah tetikus permainan yang lain. Ia hanya menyertakan dua butang – iaitu kiri dan kanan, selain penatal yang boleh diklik.

Razer Tetikus

Dan apa yang menarik mengenai tetikus ini selain rekaan asas adalah ia turut hadir dengan pencahayaan LED dibahagian bawahnya. Razer mengatakan ia menggunakan pencahayaan yang unik yang boleh memantul daripada permukaan.

Melengkapkan tetikus ini adalah sensor optikal 7200 DPI, selain wayar kabel sepanjang 2.1-meter.

Razer menawarkannya pada harga $49.99 di Amerika Syarikat iaitu pada harga sekitar RM196.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd