Cari @ Amanz

Imej pengolokan untuk peranti yang dipercayai Nokia X6 muncul minggu ini. Ia akan menjadi peranti pertama Nokia dengan rekaan skrin bertakuk. Di China HMD Global memperlihatkan rekaan peranti ini kepada umum dan mengesahkan kebenaran imej pengolokan yang tertiris.

Peranti ini mempunyai takuk kecil seperti yang ditemui pada Huawei P20 tetapi bahagian dagu yang lebih tebal berbanding iPhone X. Pada bahagian belakang ia menyerupai rekaan Nokia 7 Plus dengan penggunaan sistem dwi-kamera. Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat turut disertakan. Peranti ini dipercayai akan dilancarkan pada bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd