Twitter Memberikan Tagar Beremoji Sempena Pilihanraya Umum Ke-14

Twitter Memberikan Tagar Beremoji Sempena Pilihanraya Umum Ke-14

Diterbitkan pada Apr 28, 2018 oleh .

Pilihanraya umum ke-14 negara kita akan berlangsung pada 9 Mei ini. Bagi yang layak silalah melakukan tanggungjawab anda sebagai rakyat pada hari tersebut. Sempena pilihanraya ini, Twitter telah memberikan sokongan tagar beremoji pada platform mereka.

Tagar yang disokong ialah #PRU14, #GE14 dan #MalaysiaElection. Sebuah emoji berbentuk kotak mengundi dan kertas mengundi akan terpapar bersebelahan tiga tagar ini. Pilihanraya kali ini ialah yang kedua dilangsungkan dengan penggunaan media sosial yang tinggi maka tidak mengejutkan akhirnya Twitter memberikan sokongan tagarnya tersendiri. Selamat mengundi dan undi anda adalah rahsia.


TIPS & ULASAN