ZTE Memfailkan Paten Untuk Sebuah Lagi Peranti Dengan Skrin Dwi-Takuk
ZTE

ZTE Memfailkan Paten Untuk Sebuah Lagi Peranti Dengan Skrin Dwi-Takuk

Diterbitkan pada Apr 29, 2018 oleh .

ZTE mungkin berhadapan masalah tidak mempunyai sistem operasi dan dihalang menggunakan pemproses keluaran Qualcomm. Tetapi perniagaan harus diteruskan walaupun menghadapi saat getir. Sebelum ini ZTE memperlihatkan peranti konsep dengan skrin dwi-takuk pada bahagian atas dan bawah. Mereka telah mempatenkan satu lagi rekaan peranti dengan dwi-takuk yang sedikit berbeza.

Menerusi paten yang dapat anda lihat di atas, takuk pada bahagian atas skrin adalah lebih kecil berbanding pada bahagian bawah. Ini lebih menyerupai rekaan takuk pada peranti Essential dan Sharp. Takuk pada bahagian bawah mungkin sebuah pengimbas cap hari kecil bagi mereka yang mungkin tidak menggemari kedudukan pengimbas di bahagian bawah.

Tahun 2018 ialah “Tahun Takuk” dengan OnePlus, Vivo, Oppo, Asus, Huawei. LG dan Nokia kesemuanya menghasilkan peranti skrin bertakuk mengikut langkah iPhone X. Sama ada suka ataupun tidak, ini ialah trend semasa yang hangat walaupun di kalangan pembaca Amanz ia bukan rekaan yang digemari.


TIPS & ULASAN