Vivo X21 Dengan Pengimbas Cap Jari Di Skrin Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Mei Ini

Vivo X21 Dengan Pengimbas Cap Jari Di Skrin Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Mei Ini

Diterbitkan pada Apr 29, 2018 oleh .

Vivo Malaysia kini telah mengesahkan yang mana mereka akan membawa masuk telefon pintar Vivo X21 yang terbaru untuk pasaran tempatan – dijangka seawal bulan Mei 2018 ini.

Vivo X21 Malaysia

Vivo X21 telah diperkenalkan pada Mac 2018 lepas untuk pasaran China, dimana ia menjadi antara peranti terawal yang hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Dari segi spesifikasi, Vivo X21 hadir dengan skrin 6.28-inci AMOLED, dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 5MP, selain kamera hadapan 12-megapixel dengan sokongan pemancar infra-merah.

Harga jualan dan tarikh penawaran peranti ini untuk pasaran tempatan mungkin kita dengar dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN