Ujian Pembantu Maya Paling Pintar Mendapati Google Assistant Di Tempat Pertama Dan Siri Paling Corot

Ujian Pembantu Maya Paling Pintar Mendapati Google Assistant Di Tempat Pertama Dan Siri Paling Corot

Diterbitkan pada Apr 30, 2018 oleh .

Di dalam persada pembantu maya, Google Assistant, Siri, Alexa dan Cortana mempunyai jumlah pengguna yang tertinggi. Kami tidak tahu tentang tabiat penggunaan anda tetapi di Amanz pembantu maya digunakan untuk mengawal speaker pintar di pejabat. Firma penganalisa Stone Temple telah melakukan ujian ke atas kesemua pembantu maya ini dan Google Assistant didapati adalah yang paling pintar.

Di dalam ujian ini 5000 soalan ditanyakan kepada setiap pembantu maya. Google Assistant pada ditanyakan pintar mencatatkan kemampuan menjawab paling tinggi diikuti oleh Cortana, Alexa, Google Assistant pada Google Home dan akhir sekali Siri. Siri juga lebih kerap memberikan respon yang salah kepada soalan yang diberi.

Tetapi tidak semuanya negatif buat Siri. Apabila ujian memberikan jawapan berbentuk jenaka, ia di tempat kedua di belakang Alexa. Pembantu maya akan digunakan dengan lebih meluas di masa hadapan untuk mengawal peranti berhubung. Kemampuan memahami arahan dengan tepat adalah amat perlu. Oleh itu dari ujian yang dilakukan ini mereka masih belum boleh diandalkan 100% tetapi jika anda dipaksa memilih, Google Assistant pada telefon pintar adalah yang terbaik.


TIPS & ULASAN