Instagram Menguji Cara Rakaman Stories Dalam Bentuk Gerak-Perlahan

Instagram Menguji Cara Rakaman Stories Dalam Bentuk Gerak-Perlahan

Diterbitkan pada Apr 30, 2018 oleh .

Ciri rakaman video gerak-perlahan telah menjadi salah satu ciri popular yang mula diintegrasikan ramai pengeluar peranti pada telefon pintar mereka. Menariknya, kini Instagram turut dilihat sedang menguji ciri lebih kurang sama pada Instagram Stories – sekaligus membawa ciri rakaman gerak-perlahan ini kepada semua pengguna Instagram.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak Instagram akan menjayakannya dari segi implementasi. Berkemungkinan ia akan diterhadkan kepada beberapa peranti pada peringkat awal, dan rakaman gerak-perlahan yang dihasilkan dengan bantuan perisian ini mungkin tidak begitu baik seumpama yang dihasilkan oleh peranti dengan sokongan rakaman 960fps dan sebagainya.

Baru-baru ini, Instagram sedia hadir dengan ciri dinamakan “Focus” yang membolehkan anda merakamkan gambar berbentuk potrait dengan latar yang dikaburkan pada Instagram Stories – walaupun menggunakan hanya kamera hadapan tanpa ciri dwi-kamera.

Mungkin pada masa akan datang, kita akan melihat implementasi lebih banyak ciri rakaman menarik, sekaligus membawa ciri-ciri kamera pada peranti berspesifikasi rendah kepada ramai pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN