Cari @ Amanz

MacBook Air ialah komputer riba MacOS yang dijual pada harga paling mampu milik di dalam keluarga MacBook. Kali terakhir ia dikemaskini ialah pada pertengahan tahun  lalu dengan penggunaan pemproses Intel generasi ke-lima Broadwell. Sebagai perbandingan majoriti komputer riba Windows kini sudah mula menggunakan pemproses Intel generasi ke-lapan Cofee Lake.

Tahun ini model kemaskini dengan rekaan baru serta harga lebih mampu milik bermula dari $899 (~RM 3529) sebuah diramalkan diperlihatkan di WWDC Jun hadapan. Namun menurut laporan Digitimes yang memetik maklumat dari pembekal Apple, MacBook Air baru ini ditangguhkan pelancarannya ke suku ke-tiga 2018. Selain rekabentuk baru dan harga lebih mampu milik, ia turut dipercayai akan menggunakan skrin Retina.

Bagi mereka yang berminat apakah fungsi lain yang perlu disertakan pada MacBook Air baru ini? Kami secara peribadi berharap papan Butterfly tidak digunakan kerana ia kurang selesa jika dibandingkan dengan papan kekunci MacBook Air sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd