Huawei P20 Pro Dengan Pilihan Warna “Twilight” Boleh Didapati Seawal 4 Mei Di Malaysia

Huawei P20 Pro Dengan Pilihan Warna “Twilight” Boleh Didapati Seawal 4 Mei Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 30, 2018 oleh .

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan penawaran awal Huawei P20 Pro dalam pilihan warna “Twilight“, dimana ia akan ditawarkan bermula 4 Mei 2018 kelak. Untuk peringkat pengenalan ini, Huawei P20 Pro dalam pilihan warna Twilight ini akan ditawarkan dalam kuantiti terhad sebanyak 500 unit sahaja, dan ditawarkan melalui Huawei Pavilion Elite sahaja.

Huawei P20 Pro

Pilihan warna “Twilight” ini boleh dikatakan sebagai edisi terhad untuk pasaran tempatan buat masa ini. Ia hadir dengan gabungan dua warna – biru dan ungu, sekaligus menjadikannya kelihatan sedikit unik berbanding penawaran peranti lain dipasaran.

Huawei P20 Pro sendiri sebelum ini mencuri perhatian ramai dengan penawaran rakaman gambar berkualiti melalui penggunaan tiga-kamera belakang pada peranti berkenaan. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM3299. Peranti Huawei P20 Pro dengan pilihan warna Twilight ini akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia, diseluruh negara bermula 4 Jun 2018 kelak.


TIPS & ULASAN