LG Hadir Dengan Kamera Hibrid Boleh-Cetak – LG Pocket Photo Snap
LG

LG Hadir Dengan Kamera Hibrid Boleh-Cetak – LG Pocket Photo Snap

Diterbitkan pada Apr 30, 2018 oleh .

Sebelum ini kita sedia melihat HP menawarkan sebuah kamera dilengkapi pencetak kepada umum, dinamakan Spocket. Kini, LG turut mengikut jejak, dan melancarkan penawaran mereka dinamakan LG Pocket Photo Snap.

Pocket Photo Snap

LG Pocket Photo Snap hadir dengan kamera 5-megapixel, yang membolehkan pengguna merakamkan gambar dan mencetak terus sesuatu gambar. Ia turut hadir dengan butang mencetak kembali yang membolehkan anda mencetak beberapa helaian gambar sama untuk dikongsikan bersama rakan-rakan lain.

Pada masa yang sama, pengguna turut boleh merakamkan gambar menggunakan telefon pintar, dan mencetak pada pencetak ini melalui sokongan Bluetooth.

LG Pocket Photo Snap hadir dengan pengecas berasaskan USB-C, dan boleh mencetak sehingga 30 gambar pada sesuatu masa dengan pengecasan penuh.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kamera boleh-cetak ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN