Cari @ Amanz

Awal tahun ini, Cooler Master memperkenalkan beberapa rangka PC modular yang baru, termasuklah MasterCase H500M dan juga H500P Mesh White yang hadir dengan beberapa ciri yang cukup menarik.

Hari ini, Cooler Master Malaysia mengumumkan bahawa rangka PC ini sudahpun memasuki pasaran Malaysia bagi pembina-pembina PC yang cukup berminat untuk membina sebuah komputer yang berkuasa tinggi dan menggunakan sistem penyejukan cecair khusus.

 

Diantara ciri-ciri menarik yang hadir pada rangka H500P ini termasuklah dua kipas penyejuk 200mm di bahagian depan, sokongan untuk kipas penyejuk di bahagian atas, pemasangan kad grafik secara menegak, penutup PSU yang boleh diubahsuai, dan juga penutup kabel untuk memastikan komputer anda lihat kemas dari luar.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, rangka PC H500P ini juga hadir dengan sistem modular yang membolehkan pengguna membuka bahagian-bahagian rangka yang tidak diperlukan.

Menurut Cooler Master Malaysia lagi, rangka MasterCool H500P ini sudahpun tiba di pasaran tempatan sekarang, dan dijual pada harga RM639 di kedai-kedai komputer di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd