Carian
Nokia X6 Akan Dilancarkan Pada 16 Mei – Telefon Skrin Bertakuk Pertama Nokia
April 30, 2018 Effi Saharudin

Bagi mereka yang inginkan peranti berskrin takuk dari Nokia, anda tidak perlu menunggu lama kerana ia bakal dilancarkan di China pada 16 Mei hadapan. Ia kini secara rasmi akan menggunakan nama Nokia X6 dan turut akan dilengkapi sistem dwi-kamera pada bahagian belakang.

Tidak banyak diketahui mengenai spesifikasi penuh peranti ini. Tetapi dari beberapa laporan terdahulu, Nokia X6 ialah sebuah peranti kelas pertengahan. Sebuah pengimbas cap jari terletak di bahagian belakang dengan rekaan takuk yang lebih kecil berbanding iPhone X.

Komen