Apple Mungkin Tidak Lagi Menyertakan Penyesuai Bicu Audio Dengan Pembelian iPhone

Apple Mungkin Tidak Lagi Menyertakan Penyesuai Bicu Audio Dengan Pembelian iPhone

Diterbitkan pada Mei 1, 2018 oleh .

Dua tahun yang lalu Apple mengambil tindakan berani untuk tidak lagi menyertakan bicu audio pada iPhone 7. Ini adalah kerana pada hemat mereka I/O ini sudah ketinggalan zaman di dalam dunia muzik digital beresolusi tinggi. Bagi mengurangkan kemarahan pengguna, sebuah penyesuai Lightning ke bicu audio disertakan dengan setiap pembelian iPhone 7.

Apple iPhone 7

Penganalisa di Barclay, Blayne Curtis kini meramalkan Apple akan menghentikan pemberian penyesuai dengan pembelian iPhone 2018. Ini adalah kerana selepas dua tahun, pengguna sudah diberikan masa mencukupi mencari aksesori Bluetooth atau berkepala Lighthing.

Sebelum ini beliau juga meramalkan penyesuai diberikan dengan pembelian iPhone 8, 8 Plus dan X. Ramalan ini dilakukan berdasarkan maklumat dari pembekal komponen Apple di Asia. Jika pengguna masih memerlukan penyesuai ini, ia dijual pada harga RM49 sebuah menerusi laman Apple.


TIPS & ULASAN