Mesej WeChat Yang Telah Dipadam Boleh Dibaca Pihak Berkuasa China

Mesej WeChat Yang Telah Dipadam Boleh Dibaca Pihak Berkuasa China

Diterbitkan pada Mei 1, 2018 oleh .

Privasi ialah perkataan yang semakin diambil peduli oleh pengguna tahun ini selepas insiden Cambride Analytica. Penjualan data peribadi pengguna Facebook untuk manipulasi pilihanraya dipandang serius sehingga Mark Zuckerberg dipanggil memberikan keterangan di kongres Amerika Syarikat. Bagi mereka yang amat prihatin tentang privasi, berita  mengenai WeChat pagi ini mungkin sedikit merisaukan.

WeChat WindowsLaman South China Morning Post hari ini melaporkan kes seorang suspek kes rasuah ditangkap oleh pihak berkuasa China. Beliau ditahan selepas bukti diterima dalam bentuk mesej yang dihantar menerusi aplikasi WeChat. Sungguhpun mesej telah dipadam, pihak berkuasa berjaya mendapatkan kembali mesej tersebut. Tiada maklumat bagaimana mesej ini dikembalikan.

Pihak Tencent yang mengendalikan WeChat walau bagaimanapun menafikan mereka menyimpan log perbualan pengguna mereka. Sebaliknya ia hanya disimpan pada telefon atau komputer milik pengguna perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN