DARPA Membiayai Pembangunan Teknologi Yang Mampu Mengenalpasti Video Dan Gambar Yang Dimanipulasi

DARPA Membiayai Pembangunan Teknologi Yang Mampu Mengenalpasti Video Dan Gambar Yang Dimanipulasi

Diterbitkan pada Mei 1, 2018 oleh .

Kemajuan teknologi membolehkan komputer desktop melakukan manipulasi video dan gambar pada kos yang rendah. Kesan khas filem seperti Jurassic Park yang dahulunya menelan belanja puluhan juta Dollar serta gerombolan artis digital untuk dihasilkan kini boleh dilakukan oleh seorang YouTuber dengan kos beberapa ribu Dollar sahaja. Oleh itu kemampuan mengenalpasti manipulasi video serta gambar di masa hadapan adalah perlu bagi membanteras penipuan.

YouTube Life2Coding

DARPA kini membiayai projek pembangunan teknologi yang boleh mengenalpasti video dan gambar yang dimanipulasi di bawah payung program Media Forensice (MediFor) mereka. SRI International yang merupakan kumpulan penyelidik dari California dianugerahkan tiga kontrak untuk projek ini. Mereka akan bekerjasama dengan University of Amsterdam dan Idiap Research Institute Switzerland bagi membangunkan alat forensik yang lebih berkeupayaan mengesan “berita palsu” berbanding teknologi semasa. Antara yang boleh dilakukan ialah menganalisa perbezaan pergerakan bibir dengan audio yang didengari. Ketidakserasian audio dengan saiz serta akustik bilik juga boleh dianalisa bagi mengesan manipulasi yang mungkin telah dilakukan. DARPA membiayai projek ini kerana ia mempunyai kegunaan ketenteraan bagi melihat sama ada musuh memalsukan video untuk menghilangkan bukti ujian nuklear atau memberikan ilusi mereka mempunyai lebih banyak senjata dari realiti.

Di pasaran sekarang sudah wujud perisian Deepfake yang menggunakan kecerdasan buatan untuk menghasilkan video lucah palsu yang hampir kelihatan asli. University of Washington pula boleh memanipulasi video dengan mengubah pergerakan mulut supaya selari dengan audio yang dipalsukan.


TIPS & ULASAN