Apple sebelum ini sedia mengambil-alih Texture dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena penerbitan digital. Kini, desas-desus baru hadir, mengatakan Apple turut sedang melihat untuk mengambil-alih penerbit kandungan terkemuka, Conde Nast.
Conde Nast merupakan salah satu penerbit popular yang mempunyai pelbagai jenama popular dibawah mereka, termasuk ArsTechnica dan juga Wired.
Ia dikatakan Apple mungkin mengambil-alih keseluruhan, atau sebahagian daripada jenama yang ditawarkan oleh Conde Nast. Walaubagaimanapun, Conde Nast sebelum ini pernah dipetik mengatakan yang mana Conde Nast tidak terbuka untuk menjual syarikat mereka buat masa ini.
Pengambil-alihan ini mungkin akan secara tidak langsung menambah lagi penawaran kandungan daripada Apple. Arena media digital sendiri boleh dikatakan sedikit mencabar, tetapi dengan nama Apple disebaliknya, tidak mustahil untuk pelbagai jenama ini terus mengukuhkan kedudukan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai fokus pihak Apple dalam arena penerbitan digital ini.