Papan Kekunci “Butterfly” Pada MacBook Pro 2016 Dilaporkan Lebih Bermasalah Berbanding Model Lama

Papan Kekunci “Butterfly” Pada MacBook Pro 2016 Dilaporkan Lebih Bermasalah Berbanding Model Lama

Diterbitkan pada Mei 1, 2018 oleh .

Apple sebelum ini sedia terkenal dengan penawaran papan kekunci dan trackpad mereka yang memberikan keselesaan kepada pengguna. Namun, perkara berkenaan berubah sejak pengenalan MacBook 12-inci, dimana Apple turut memperkenalkan papan kekunci “Butterfly”.

Beberapa pengguna boleh dikatakan kurang mengemari papan kekunci berkenaan, dan kini menurut laporan baru, ia dikatakan papan kekunci “Butterfly” yang hadir pada MacBook Pro 2016 lebih bermasalah berbanding model tahun sebelumnya.

Melalui data yang dihimpunkan oleh AppleInsider daripada pusat khidmat pelanggan yang membaik-pulih papan kekunci, ia didapati kadar kegagalan papan kekunci pada MacBook Pro 2016 hampir dua kali ganda lebih kerap berbanding dengan model 2014 atau 2015.

Ia dikatakan data untuk tahun 2017 memperlihatkan kadar kegagalan sedikit rendah berbanding dengan keluaran tahun 2016 lepas, namun masih tinggi jikalau dibandingkan dengan model keluaran 2014 atau 2015.

Buat masa ini, pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan masalah papan kekunci “Butterfly” ini. Dengan kos baik-pulih yang sedikit tinggi untuk menggantikan papan kekunci, mungkin pihak Apple perlu melihat kembali kepada rekaan papan kekunci mereka, dan hadir dengan sesuatu yang lebih baik dalam masa terdekat ini.

Bagi anda yang menggunakan MacBook Pro 2015, adalah anda turut mengalami masalah dengan papan kekunci anda?


TIPS & ULASAN