Cari @ Amanz

Kamera filem segera seperti Polaroid dan Instax digunakan peminat fotografi yang masih inginkan gambar fizikal. Imej yang diambil dengan segera boleh dilihat tanpa perlu ke kedai gambar. Kesemuanya menggunakan satu lensa tanpa kemampuan melakukan kesan khas seperti depth of field yang kini standard pada kamera telefon pintar.

Oleh itu Rolleiflex Instant Camera dihasilkan. Ia sebuah kamera refleks dwi-lensa yang menggunakan filem segera Instax. Ia mengekalkan rekaan klasik yang digunakan Rollei sejak 1927. Lensa yang digunakan mempunyai bukaan f/5.6, f/8, f/16 dan f/22. Filem segera yang disokong ialah Fujifilm Instax Mini.

Tiga bateri besaiz AA diperlukan untuk operasi kamera. Rolleiflex kini menggunakan laman biayasama Kickstarter untuk mengumpul dana dan kamera ini boleh ditempah pada harga bermula dari HK$ 2,599 (~RM 1309) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd