LG G6, V20 Dan 5 Bakal Menerima Kemaskini Android Oreo Tidak Lama Lagi
LG

LG G6, V20 Dan 5 Bakal Menerima Kemaskini Android Oreo Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Bulan lepas, pihak LG Electronics dilihat ingin mengatasi masalah kemaskini pada peranti dengan menubuhkan bahagian khusus dinamakan Software Upgrade Center. Bahagian khusus ini akan memfokuskan kepada menawarkan kemaskini perisian dan sistem operasi yang pantas kepada pengguna seluruh dunia.

Kini, melalui LG Newsroom di Korea, pihak LG mengesahkan bahawa LG G6, LG V20 dan LG G5 bakal menerima kemaskini Android Oreo dalam masa terdekat. Peranti kelas utama LG pada tahun 2017 itu, iaitu LG G6 dikatakan peranti pertama yang bakal menerima kemaskini ini.

LG G6

Menurut XDA, beberapa pengguna di Korea telah pun menerima kemaskini Android Oreo untuk LG G6 mereka. Walau bagaimanapun, penawaran kemaskini ini untuk negara lain masih tidak diketahui dan tiada jangka masa yang diberikan. Manakala, kemaskini untuk LG V20 dan LG G5 pula bakal menyusul kemudian.

Ini adalah berita baik untuk pengguna telefon pintar LG. Ini kerana telefon-telefon pintar LG sebelum ini amat sukat untuk menerima kemaskini Android terbaru.


TIPS & ULASAN