Oppo Hadir Dengan Sub-Jenama Baru Memfokuskan Penawaran Atas-Talian Di India – Realme

Oppo Hadir Dengan Sub-Jenama Baru Memfokuskan Penawaran Atas-Talian Di India – Realme

Diterbitkan pada Mei 1, 2018 oleh .

Huawei sedia mempunyai sebuah sub-jenama tersendiri yang memfokuskan penawaran atas-talian, dinamaka Honor. Kini, mengikut jejaknya adalah Oppo, dimana mereka memperkenalkan sebuah sub-jenama tersendiri untuk pasaran India, dinamakan sebagai Realme.

Oppo Realme

Melalui Oppo Realme, ia akan memfokuskan kepada pasaran pengguna muda dan juga yang membeli atas-talian – lebih kurang sama seperti apa yang difokuskan oleh Honor pada awalnya. Beberapa jenama menggunakan kaedah ini dalam membolehkan mereka hadir dengan peranti pada harga lebih mampu-milik – memandangkan tidak perlu menanggung kos kedai, kos pengedar, penjual dan sebagainya.

Di India, Realme akan dilancarkan dengan kerjasama pihak Amazon, dimana Realme 1 akan dilancarkan pada 15 Mei kelak. Seperti peranti Oppo lain, pengguna turut boleh mendapatkan khidmat pelanggan melalui kedai Oppo seluruh negara.

Buat masa ini, Realme dilihat sebagai eksklusif untuk pasaran India sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada Oppo akan melakukan perkara sama untuk pasaran global atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN