Google Mengumumkan Penawaran Nama Domain .APP Kepada Umum Bermula 8 Mei

Diterbitkan pada Mei 2, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, terdapat sejumlah penawaran nama domain dengan akhiran berbeza, termasuk antaranya adalah .MY, .TV, .BLOG, .ART, dan sebagainya. Kini, turut menambah kepada koleksi berkenaan adalah .APP daripada Google.

Akhiran domain .APP ini dimiliki oleh Google, dan mereka akan membuka pendaftaran kepada umum bermula 8 Mei 2018 kelak. Ia lebih ditujukan kepada pemilik aplikasi yang ingin mendapatkan nama domain untuk aplikasi mereka, tetapi akhiran .COM untuknya mungkin sudah dimiliki oleh orang lain.

Google juga mengatakan yang mana domain .APP ini akan memerlukan penggunaan penyulitan HTTPS – seperti mana yang telah diimpelementasi oleh kebanyakkan laman web pada hari ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan nama domain dengan akhiran .APP ini, boleh menyemak laman rasmi yang disediakan oleh Google hari ini, iaitu di GET.APP.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami