Instagram Akan Menerima Sokongan Panggilan Video Tidak Lama Lagi

Instagram Akan Menerima Sokongan Panggilan Video Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Desas-desus mengenai integrasi panggilan video terus pada Instagram telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas. Hari ini, Mark Zuckerberg mengesahkan perkara berkenaan, dan mengumumkan ciri yang dinamakan Video Chat ini akan hadir ke Instagram tidak lama lagi.

Instagram Video Chat

Melalui ciri panggilan video ini, pengguna boleh melakukan panggilan video dengan rakan-rakan – termasuk secara berkumpulan melalui tab Instagram Direct. Ini bermakna, anda perlu menjadi rakan atau mengikut satu-sama lain sebelum boleh membuat panggilan video berkenaan.

Menariknya, ketika membuat panggilan video, anda turut boleh mengikuti panggilan dan melayari Instagram pada waktu yang sama. Perkara ini dijayakan dengan mod panggilan video menjadi Picture-in-Picture, dan dipaparkan dalam bentuk tetingkap kecil ketika anda melayari Instagram.

Instagram Video Chat

Instagram Video Chat

Buat masa ini, tarikh pengenalan rasminya masih tidak diketahui. Kita mungkin akan dapat melihatnya dalam masa minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN