Facebook Akan Memperkenalkan Ciri “Bertemu Jodoh” Secara Terbina Pada Aplikasi Facebook

Facebook Akan Memperkenalkan Ciri “Bertemu Jodoh” Secara Terbina Pada Aplikasi Facebook

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Facebook pada tahun ini dilihat memfokuskan kepada objektif menghasilkan interaksi dan hubungan yang baik untuk jangka masa panjang. Sebagai salah satu langkah kepadanya, Facebook kini mengumumkan mereka akan menambah ciri bertemu jodoh pada aplikasi mereka (lebih kurang seumpama Tinder), dinamakan Dating.

Fungsi baru ini bakal diperkenalkan secara terbina, dan ingin membolehkan pengguna menemui kenalan jangka masa panjang yang baru.

Facebook Dating

Facebook Dating

Menurut Mark Zuckerberg, walaupun ditawarkan secara terbina pada aplikasi Facebook, namun pengguna boleh membuat profil berasingan untuknya. Ia juga akan menghubungkan anda kepada mereka yang bersesuaian berdasarkan kepada minat dan tetapan anda. Facebook turut mengatakan anda tidak akan bertemu rakan anda di Facebook melalui ciri Dating ini.

Aktiviti dan pelbagai perkara yang berlaku pada Dating ini tidak akan dipaparkan kepada rakan anda yang lain.

Facebook akan mula menguji ciri ini kelak pada tahun ini, dan mungkin terhad dibeberapa buah negara pada peringkat permulaan.


TIPS & ULASAN