Facebook Mengumumkan Pengenalan Ciri Mengundi Naik Atau Turun Sesuatu Komen

Facebook Mengumumkan Pengenalan Ciri Mengundi Naik Atau Turun Sesuatu Komen

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Beberapa hari sebelum ini, kita telah melihat Facebook menguji ciri mengundi naik atau turun sesuatu komen – sekaligus memberikan ruangan kepada para pengguna seluruh dunia dalam mengawal komen yang baik dan sebaliknya.

Kini, Facebook mengesahkan ciri berkenaan, dan mengatakan mereka sedang memperkenalkan ciri berkenaan secara berperingkat kepada semua.

Facebook Undian

Melalui ciri baru ini, ia memaparkan anak panah atas atau bawah dibahagian bawah sesuatu komen dalam perkongsian. Pengguna lain seterusnya boleh membuat undian naik atau turun terhadap sesuatu komen.

Ciri seumpama ini boleh dikatakan agak popular dilaman seperti Reddit – dan agak menarik untuk melihat Facebook turut mengintegrasikannya pada aplikasi mereka.


TIPS & ULASAN