Cari @ Amanz

Facebook pada hari ini telah mengumumkan pengenalan antaramuka baru untuk Messenger yang menjadikan aplikasi berkenaan lebih kemas dan mudah digunakan berbanding hari ini. Ia juga akan membuang pelbagai pautan dan menu yang tidak penting, sekaligus memfokuskan sepenuhnya kepada permesejan.

Bersama-sama antaramuka baru tersebut kelak juga, Messenger turut akan menawarkan sokongan tema gelap – salah satu permintaan ramai pada pelbagai aplikasi hari ini.

Messenger Dark Mode

Dengan penyertaan sokongan ini, ia sekaligus akan memudahkan anda berkomunikasi ketika persekitaran malap tanpa menyakitkan mata. Disamping itu, ia juga akan serba sebanyak membantu dari segi penggunaan bateri pada telefon pintar berasaskan skrin OLED.

Messenger Dark Mode

Buat masa ini, tarikh pengenalan Messenger baru ini masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin akan dapat melihatnya dalam minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd