Cari @ Amanz

Facebook sedia memfokuskan kepada sejumlah kandungan realiti-gabungan pada platform mereka, dan menariknya, selari dengannya juga, kini Facebook mengumumkan sebuah ciri baru dinamakan “3D Photos“.

Facebook 3D Photos

Sokongan Gambar 3D ini akan hadir terbina pada News Feed, lebih kurang seperti sokongan gambar 360-darjah yang sedia ditawarkan melalui laman sosial berkenaan. Dengan rakaman gambar 3D menggunakan kamera Facebook ini kelak, ia sekaligus akan membolehkan anda menyimpan kenangan dalam bentuk rakaman yang lebih menarik berbanding gambar 2D biasa.

Facebook 3D Photos

Untuk melihat gmabar 3D, anda boleh mengerakkan telefon atau peranti ke kiri dan kanan sedikit – sekaligus melihat sedikit bahagian kiri dan kanan pada rakaman gambar berkenaan.

Facebook mengatakan ciri baru ini akan hadir ke News Feed dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd