Carian
Koss Memperkenalkan Fon Kepala Porta Pro Wireless Dengan Teknologi Bluetooth – Hadir Dengan Sokongan AptX
May 2, 2018 Nazrin

Fon kepala Koss Porta Pro bukanlah sebuah produk yang baru. Apabila ia mula-mula diperkenalkan pada tahun 1984, ia cukup terkenal dikalangan penggemar audio dan juga mereka yang sering keluar melakukan aktiviti-aktiviti lasak.

Terkini, Koss telah memperbaharui fon kepala tersebut dengan menukarkannya kepada sebuah fon kepala tanpa wayar yang menggunakan teknologi Bluetooth untuk menghubungkannya ke peranti-peranti terbaru zaman ini.

Rekaan dan spesifikasi Koss Porta Pro Wireless ini tidak banyak berubah, kecuali untuk beberapa bahagian seperti komponen pengawal audio, mikrofon dan juga penggunaan Bluetooth 4.1 yang juga hadir dengan sokongan untuk codec audio AptX.

Dalam pada itu, Koss juga menyatakan bahawa dengan satu pengecasan penuh, fon kepala Porta Pro terbaru ini mampu bertahan selama 12 jam apabila mendengar lagu.

Koss Porta Pro Wireless ini kini boleh dibeli melalui Amazon dan juga Massdrop pada harga $79.99 (RM314) sekarang.

Komen