Bulan lepas kami laporkan fungsi AltOS (alternative operating system) sedang diuji untuk komputer riba premium Chrome OS, Google Pixelbook. Fungsi AltOS ini membenarkan komputer riba tersebut melakukan dwi-boot kepada sistem operasi lain.
Melalui mrchromebox.tech dalam Chromium Gerrit terbaru, fungsi untuk dwi-boot ke sistem operasi Windows disahkan. Akan tetapi fungsi ini digabungkan dalam satu firmware unik “eve-campfire” yang diuji secara tertutup oleh Google. Jika fungsi ini sudah sedia untuk diuji oleh orang awam, ia akan tersedia dalam firmware biasa “eve”.
Agak menarik jika fungsi ini sedia digunakan, kerana pengguna tidak lagi terhad dalam hanya menggunakan Chrome OS pada komputer riba dengan spesifikasi tinggi ini.