Apple Menjual 52.2 Juta iPhone, 9.1 Juta iPad Dan 4.1 Juta Mac Pada Suku Pertama 2018
Artikel Berkaitan

Apple Menjual 52.2 Juta iPhone, 9.1 Juta iPad Dan 4.1 Juta Mac Pada Suku Pertama 2018

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Adakah jualan iPhone merudum? Adakah Apple di ambang kejatuhan? Ini ialah dua persoalan yang terjawab pagi ini dengan pengumuman angka jualan suku pertama 2018. Apple telah mencatatkan jualan bernilai $61.1 bilion (~RM 240 juta) dengan keuntungan $13.8 bilion (~54.1 bilion).

Sepanjang Januari sehingga Mac, sebanyak 52.2 juta iPhone, 9.1 juta iPad dan 4.1 juta komputer Mac berjaya dijual. Peningkatan jualan dicatatkan oleh iPhone dan iPad yang masih-masih terjual sebanyak 50.8 juta dan 8.9 juta pada suku yang sama tahun lalu. Jualan Mac mengalami sedikit penyusutan berbanding 4.1 juta tahun lalu.

Tiada maklumat mengenai jumlah unit jualan Apple Watch dan HomePods kerana kedua-duanya dilonggokkan ke dalam kategori Other Products tetapi mencatatkan jualan $39.5 bilion berbanding $2.87 bilion pada suku yang sama tahun lalu.

iPhone masih lagi produk yang menyumbang peratusan tertinggi buat Apple (62%) diikuti oleh perkhidmatan (15%) dan Mac (10%). Pecahan jualan model iPhone tidak diumumkan tetapi Tim Cook berkata lebih banyak pengguna memilih iPhone X berbanding model-model yang lain. Beliau juga menyentuh mengenai kadar kepuasan pengguna yang mencecah 99% untuk iPhone X. Jadi adakah Apple di ambang kejatuhan? Berdasarkan angka jualan terkini jawapannya ialah tidak sama sekali.


TIPS & ULASAN