Bahagian Peranti Boleh-Pakai Apple Kini Setaraf Syarikat Fortune 300 – Keuntungan Suku Pertama 2018 Mencecah $3.95 Bilion

Bahagian Peranti Boleh-Pakai Apple Kini Setaraf Syarikat Fortune 300 – Keuntungan Suku Pertama 2018 Mencecah $3.95 Bilion

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Peranti-peranti boleh-pakai Apple boleh dikatakan diantara peranti yang cukup popular sekali kerana ia digunakan oleh berjuta pengguna di seluruh dunia, dan terkini, Tim Cook baru sahaja mendedahkan bahawa  bahagian peranti boleh-pakai Apple kini setaraf sebuah syarikat daripada senarai Fortune 300.

Kenyataan ini hadir selepas Tim Cook mengumumkan bahawa keuntungan suku pertama 2018 bahagian peranti Apple mencecah $3.95 bilion, iaitu peningkatan sebanyak $1.0 bilion daripada suku pertama tahun lepas, yang mencecah $2.9 bilion.

Peranti-peranti boleh-pakai ini termasuklah Apple Watch, AirPods, Apple Home Pod dan juga Apple TV semuanya tersenarai didalam kategori “Dan Lain-lain”, dan ia dikatakan bahawa peningkatan ini kebanyakannya berterima kasih kepada Apple Watch generasi baru, yang menampakkan rekod jualan baru pada bulan Mac 2018.

Apple tidak mengagihkan jumlah jualan dan keuntungan untuk produk-produk lain, tetapi keuntungan suku pertama 2018 bahagian “dan lain-lain” ini meningkat sebanyak 50 peratus berbanding dengan suku pertama tahun lalu.


TIPS & ULASAN