Cari @ Amanz

Hari ini Samsung Galaxy A6 dan A6+ telah dilancarkan secara rasmi. Kedua-dua peranti ini berbeza dari Galaxy A8 dan A8+ yang memasuki pasaran Malaysia awal tahun ini dari segi rekaan. Panel belakang peranti diperbuat daripada logam dan bukan lagi kaca.

Dari segi spesifikasi Samsung Galaxy A6+ dilengkapi skrin 6″ SAMOLED FHD+, pemproses 1.8 GHZ lapan teras, memori sebesar 3/4 GB, storan 32/64GB, kamera utama 16+5 Megapixel f/1.7+f/1.9, kamera swafoto 24-Megapixel f/1.9 dan bateri sebesar 3500 mAh yang dicas menggunakan port pengecasan mikroUSB.

SamsungĀ  Galaxy A6 pula dilengkapi skrin 5.6″ SAMOLED HD+, pemproses 1.6 GHZ lapan teras, memori sebesar 3/4 GB, storan 32/64GB, kamera utama 16-Megapixel f/1.7, kamera swafoto 16-Megapixel f/1.9 dan bateri sebesar 3000 mAh yang dicas menggunakan port mikroUSB.

Kedua-dua peranti ini menggunakan sistem operasi Android Oreo dengan pelancar Samsung Experience. Terdapat sokongan audio Dolby Atmos menerusi fon telinga dan NFC pada pasaran tertentu. Sokongan jalur LTE Cat.6 turut disertakan bersama juga Bluetooth 4.2 dan GPS. Ia akan mula dijual bermula bulan namun harga masih belum diumumkan. Terdapat empat pilihan warna iaitu hitam, emas, biru dan lavender.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd