Facebook Dan RED Akan Bekerjasama Untuk Membina Kamera 3D Realiti Maya Yang Mendalam

Facebook Dan RED Akan Bekerjasama Untuk Membina Kamera 3D Realiti Maya Yang Mendalam

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Facebook dan RED, pembuat kamera video resolusi yang cukup terkemuka di kalangan pembuat filem baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk membina sebuah kamera 3D yang akan digunakan khusus untuk video 360 darjah dan juga realiti maya.

Menurut kedua-dua syarikat ini, kamera ini akan menggabungkan teknologi pengesanan kedalaman Facebook dan juga kebolehan merakam video cahaya rendah RED untuk memberi para pengguna kebolehan untuk melihat video 360 darjah di dalam realiti maya dengan kedalaman yang lebih jitu.

Rakaman 360 realiti maya dari kamera ini juga dikatakan boleh digunakan dengan peranti realiti maya kelas tinggi seperti Oculus Rift dan HTC Vive, dan kuasa komputer dan grafik yang cukup tinggi diperlukan untuk memperlihatkan video yang lebih mendalam.

Kedua-dua syarikat ini didalam fasa awal pembangunan kamera ini, dan mereka masih belum memberitahu lagi bilakah kamera ini akan siap dan boleh dijual kepada orang ramai.


TIPS & ULASAN