Perkhidmatan Telegram Kini Dihalang Pula Di Iran

Perkhidmatan Telegram Kini Dihalang Pula Di Iran

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Perkhidmatan Telegram telah dihalang di Rusia gara-gara keengganan mereka berkongsi kunci penyulitan dengan kerajaan negara tersebut. Halangan ini turut menyebabkan perkhidmatan Google, Twitch dan Spotify juga disekat kerana halangan alamat IP. Isnin lalu kerajaan Iran mengikut langkah Rusia dengan menghalang perkhidmatan Telegram.

Halangan dilakukan atas sebab keselamatan negara. Tetapi ramai mempercayai ia dilakukan kerana Telegram digunakan secara meluas oleh penganjur demo jalanan menentang kerajaan di seluruh Iran. Pihak kerajaan kini menggalakkan penggunaan aplikasi Soroush.

Ia hadir dengan pelekat wanita memaki Chador memegang potret Ayatollah Khomeini serta sepanduk “Matilah Amerika Syarikat” dan “Matilah Israel”. Walau bagaimanapun rakyat Iran tidak memberikan sokongan ke atas aplikasi ini kerana risau perbualan mereka dipantau oleh pihak berkuasa.


TIPS & ULASAN