Cari @ Amanz

Stories merupakan salah satu format baru yang telah diintegrasikan pada Instagram, Facebook, dan juga di WhatsApp. Melaluinya, pengguna berkongsi gambar atau video yang hilang selepas tempoh 24 jam ia dikongsikan pada perkhidmatan sosial berkenaan.

Stories

Berkongsi lanjut mengenainya, pihak Facebook kini mengatakan yang mana angka perkongsian kandungan dalam bentuk Stories dikalangan pengguna memperlihatkan peningkatan positif dan mendadak dari hari ke hari. Facebook menyasarkan yang mana angka perkongsian format baru ini akan melangkaui angka perkongsian di News Feed pada hari ini sekitar 2019 kelak.

Stories

Mengenal-pasti perkara ini, Facebook telah mula mengintegrasikan beberapa perkara dalam menjadikan Stories lebih menarik lagi.

Stories

Ini adalah termasuk sokongan integrasi kandungan pihak ketiga. Sebagai contoh, sekiranya kini anda mendengar lagu melalui Spotify, anda boleh berkongsi terus info mengenainya ke Stories – dan tidak lagi perlu merakamkan paparan skrin seperti sebelumnya.

Beberapa kaedah perkongsian baru ke Stories juga dijangka akan diperkenalkan oleh Facebook dari masa ke semasa.

Bagi anda sendiri, adakah anda lebih aktif menggunakan Stories berbanding perkongsian pada News Feed hari ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd