Aplikasi Autodesk Sketchbook Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma
Artikel Berkaitan

Aplikasi Autodesk Sketchbook Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Autodesk Sketchbook adalah aplikasi untuk melukis dan melakar untuk peranti-peranti pintar. Aplikasi ini mula ditawarkan apabila peranti seperti tablet atau telefon pintar dengan stylus mula popular.

Aplikasi ini pada awalnya adalah percuma untuk dimuat turun. Tetapi terdapat beberapa fungsi Pro Tools yang perlu dibayar untuk menggunakannya. Kini, aplikasi melukis ini ditawarkan secara percuma dan pengguna tidak perlu membayar untuk mengakses fungsi Pro Tools. Antara fungsi dalam Pro Tools adalah saiz kanvas yang boleh diubah, 130 jenis berus, undo tanpa had dan juga strok ramalan. Aplikasi ini amat sesuai untuk pakar menggunakannya, ini kerana ia dibangunkan oleh Autodesk yang terkenal dengan perisian mereka bentuk.

Anda boleh mula muat turun aplikasi ini secara percuma untuk Android dan iOS.

Muat Turun Autodesk Sketchbook Untuk Android

Muat Turun Autodesk Sketchbook Untuk iOS


TIPS & ULASAN