Carian
Qualcomm Akan Melesenkan Teknologi 5G Mereka Pada Harga Yang Lebih Murah
May 2, 2018 Nazrin

Perlesenan teknologi mudah-alih untuk peranti-peranti bukanlah sesuatu yang baru. Banyak syarikat-syarikat melesenkan teknologi mereka kepada pembuat-pembuat peranti seperti Apple dan Huawei kerana ia lebih mudah dan cepat berbanding dengan mereka-cipta teknologi mereka sendiri.

Qualcomm salah satu syarikat-syarikat yang melesenkan teknologi telekomunikasi dan data mudah-alih mereka kepada para pembuat peranti ini, dan secara amnya, mereka akan melesenkan teknologi mereka melalui dua pakej, satu untuk peranti utama yang hadir pada harga lima peratus harga sebuah peranti, dan satu lagi pakej untuk peranti-peranti kelas pertengahan pada harga 3.25 peratus harga sebuah peranti.

Menurut Alex Rogers, ketua bahagian perlesenan Qualcomm, Qualcomm dilihat bakal mengubah sedikit pakej perlesenan ini, dan bakal memasukkan lesen untuk teknologi 5G didalam pakej lebih murah mereka. Dalam pada itu, kadar peratusan perlesenan ini juga hanya akan tertakluk kepada harga $400 pertama sesebuah peranti, kurang $100 daripada $500 pertama peranti-peranti yang dipersetujui sebelum ini.

Qualcomm mengorak langkah ini berkemungkinan besar kerana ia sekarang sedang menghadapi masalah tuntutan mahkamah daripada pelbagai syarikat pembuat peranti dan juga kerajaan-kerajaan kerana urusan-urusan yang bertentangan dengan undang-undang tempatan, disamping berita baru-baru ini bahawa Qualcomm bakal membuang 1500 pekerja daripada pejabat mereka di California.

Komen