Ford Mempatenkan Kereta Dengan Motosikal Elektrik Terbina

Ford Mempatenkan Kereta Dengan Motosikal Elektrik Terbina

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Antara babak paling menarik filem The Dark Knight ialah motosikal Batpod yang muncul dari Tumblr selepas ia mengalami kerosakan yang kritikal. Dengan adanya Batpod, Batman masih boleh mengajar The Joker. Idea fiksyen ini telahpun dipatenkan oleh syarikat pengeluar kenderaan Ford.

Paten ini menunjukkan sebuah motosikal elektrik terbina pada konsol tengah sebuah kenderaan empat roda. Malahan sistem hiburan kenderaan ini sebenarnya bersambung kepada motosikal ini. Secara teorinya ialah kenderaan hibrid ini membolehkan kereta disimpan di tempat letak kereta di luar bandar dan pengguna menggunakan motosikal untuk memasuki bandar. Kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dan pengguna sendiri lebih mudah bergerak di tengah bandar tanpa terperangkap di dalam kesesakan.


TIPS & ULASAN