Cari @ Amanz

Tencent sebelum ini sedia membuat pelaburan sedikit pada penerbit PlayerUnknown’s Battlegrounds, dan kini ia dilaporkan Tencent turut menambah pelaburan mereka pada syarikat penerbit permainan video Battle Royale berkenaan.

Tencent dikatakan ingin melabur sebanyak 600 bilion won (sekitar ~RM2.2 bilion) pada Bluehole Studio, sekaligus mendapatkan pegangan sebanyak sekitar 10% pada penerbit permainan berkenaan. Pelaburan ini dijangka akan menjadi antara pelaburan yang besar untuk firma China di sesuatu syarikat permainan Korea Selatan.

Ia dikatakan beberapa firma lain turut berminat, termasuk Microsoft. Namun, memandangkan Tencent sedia mempunyai pegangan untuk memasarkannya di China, selain turut bekerjasama dalam menerbitkan permua PUBG, ia dilihat Tencent berjaya mendapatkan akses untuk melabur dengan lebih mudah.

Selain pada PUBG, Tencent sedia mempunyai pegangan pada sejumlah syarikat penerbit permainan lain, termasuk Epic Games yang menerbitkan Fortnite.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd