Pelancaran Red Hydrogen One Ditangguh Ke Bulan Ogos

Pelancaran Red Hydrogen One Ditangguh Ke Bulan Ogos

Diterbitkan pada Mei 3, 2018 oleh .

Red Hydrone one diperlihatkan tahun lalu dan bakal menjadi telefon pintar pertama syarikat Red yang lebih dikenali sebagai pengeluar kamera filem. Kamera buatan mereka digunakan untuk filem ternama seperti Guardians of The Galaxy Volume 2. Hydrogen One menjanjikan kemampuan rakaman video terbaik pernah dihasilkan untuk peranti mudah alih.

Pada asalnya Hydrogen One dilancarkan pada suku pertama 2018. Ia kemudian ditangguhkan ke musim panas 2018 dan kini sekali lagi ditangguhkan ke bulan Ogos 2018. Penangguhan dilakukan bagi menambah fungsi rakaman 4-View (4V) kepada peranti ini. Dengan rakaman 4V, video tiga dimensi dirakam dan memberikan pergerakan bebas di ruang tiga dimensi. Skrin holografik Hydrogen One membolehkan kandungan ditonton tanpa aksesori tambahan.

Untuk membolehkan rakaman ini, dua pasang dwi-kamera diperlukan pada bahagian hadapan dan belakang. Tiada aksesori modular diperlukan untuk rakaman video asas 4V. Walaupun ditangguhkan, kamera ini akan diperlihatkan sekali lada pada 19 Mei hadapan.


TIPS & ULASAN